Friday, July 16, 2010

6 Laporan gotong-royong sekolah menengah kebangsaan Permai Indah

Program gotong-royong telah dijalankan pada 10 Mei 2010 yang lalu bermula pada pukul 7.30pagi hingga 12.00 tengah hari di kawasan sekolah menengah kebangsaan Permai Indah.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan tahap kebersihan sekolah ini dan kesedaran para pelajar dengan guru tentang kebersihan.Selain itu,program ini boleh mencegah penyakit yang disebabkan oleh serangga.Program ini juga boleh mendapat kerjasama daripada pelajar dan guru dan meningkatkan hubungan pelajar dengan guru.

Pada pukul 8.00pagi,semua pelajar sudah tiba sekolah dan berkumpul di tapak perhimpunan sekolah.Selepas itu,guru besar dan beberapa orang guru mengucapkan syabas kepada pelajar yang datang ke sekolah pada hari itu.Perasmian program gotong-royong dilaksanakan oleh Makelthom bt Yaacob.

Pada pukul 9.30 pagi,guru besar dan guru-guru menghabiskan ucapan mereka lalu semua pelajar balik ke kelas masing-masing untuk membersihkan kelas mereka.Guru-guru juga mengambil alatan kepada pelajar-pelajar.Sebahagian guru dan pelajar membersihkan taman,makmal sains,bilik guru dan sebagainya.

Pada pukul 12.30petang,semua pelajar menghabiskan semua kerja dan pergi ke kantin untuk makan dan rehat.Selepas itu,guru besar mengucapkan ucapan kepada semua pelajar dan guru-guru .Kemudian,pelajar balik ke rumah masing-masing.


Laporan disediakan oleh,
签名
——————————————————
(英文名字)
Wakil Pelajar,
SMK Permai Indah.

No comments:

Post a Comment